KUALA LUMPUR: Cuaca tidak terlalu panas, sekadar keluar membeli makanan atau hanya memandu ke tempat kerja sering membuatkan ramai beranggapan penggunaan pelindung matahari bukan sesuatu yang perlu diberi perhatian.
Malah, tidak kurang yang menganggap produk berkenaan hanya penting ketika melakukan aktiviti luar atau berada di bawah terik matahari dalam tempoh yang panjang.
Hakikatnya, kulit tetap terdedah kepada cahaya setiap hari tanpa disedari, sama ada ketika berjalan ke tempat letak kereta, menunggu pengangkutan awam atau menjalani rutin harian biasa.
Pendedahan berterusan itu juga boleh menyumbang kepada tanda penuaan awal seperti kedutan, tompok hitam dan hiperpigmentasi yang menjadi antara kebimbangan utama ramai individu.
Atas faktor itu, penggunaan pelindung matahari kini semakin dilihat sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan harian dan bukan lagi sekadar pelengkap dalam rutin kecantikan.
Keselesaan jadi antara faktor utama
Walaupun kesedaran terhadap penjagaan kulit semakin meningkat, masih ramai pengguna sukar menjadikan penggunaan pelindung matahari sebagai amalan harian.
Antara sebab yang sering dikaitkan ialah rasa melekit, tekstur terlalu berat serta kesan berminyak yang menyebabkan sesetengah individu kurang selesa memakainya untuk tempoh yang lama.
Menyedari perubahan keperluan pengguna masa kini, Eau Thermale Avène memperkenalkan rangkaian Ultra Fluid yang hadir dengan formulasi ultra ringan serta penyerapan pantas dalam tempoh satu saat.

Selain memberikan perlindungan daripada sinaran UVB dan UVA, rangkaian ini turut dilengkapi penapis eksklusif TriAsorB™ yang dipatenkan, hasil penyelidikan selama lebih 20 tahun.
Teknologi itu menawarkan perlindungan spektrum ultra luas termasuk terhadap HEV Blue Light sehingga 450 nanometer.
Sinaran HEV Blue Light yang mempunyai panjang gelombang antara 400 hingga 450 nanometer mampu menembusi jauh ke dalam kulit, malah apabila bergabung dengan sinaran UVA, ia boleh meningkatkan tekanan oksidatif sehingga 1.5 kali ganda.

Keadaan itu boleh menyumbang kepada hiperpigmentasi, tompok gelap, penuaan pramatang serta kerosakan kulit dalam jangka panjang, sekali gus menjadikan perlindungan menyeluruh ini penting bukan sahaja daripada cahaya matahari, malah pendedahan harian kepada cahaya skrin digital.
Rangkaian itu juga menggunakan formulasi lebih bersih tanpa silikon, alkohol dan bahan penapis kontroversi yang semakin menjadi perhatian pengguna masa kini.

Pendekatan itu dilihat selari dengan gaya hidup masyarakat masa kini yang semakin mengutamakan produk mudah digunakan, praktikal serta sesuai dijadikan sebahagian daripada rutin harian.
Pilihan ikut gaya hidup dan keperluan kulit

Setiap individu mempunyai keperluan kulit yang berbeza mengikut gaya hidup dan keadaan kulit masing-masing.
Bagi memenuhi keperluan itu, rangkaian Avène Ultra Fluid hadir dengan empat pilihan berbeza iaitu Invisible SPF50, Radiance SPF50+, Perfector SPF50+ dan Oil Control SPF50.
Variasi berkenaan menawarkan fungsi berbeza mengikut keperluan dan gaya hidup pengguna.
Setiap variasi dibangunkan mengikut keperluan pengguna berbeza, sama ada bagi mereka yang mengutamakan kemasan ringan, kulit lebih berseri atau kawalan minyak yang lebih baik sepanjang hari.
Invisible SPF50 tampil sebagai produk utama dengan kemasan matte yang tidak kelihatan pada kulit, tekstur ultra ringan, tidak melekit serta kalis air, di samping membantu mengekalkan kelembapan sehingga empat jam.
Sementara itu, Radiance SPF50+ pula memberikan kesan kulit lebih berseri sehingga lapan jam.

Perfector SPF50+ pula sesuai untuk pengguna yang mahukan perlindungan bersama kesan tona wajah lebih sekata dan boleh digunakan sebagai asas solekan dalam rutin harian, sementara produk baharu Avène Ultra Fluid Oil Control SPF50 direka khusus bagi membantu mengawal minyak berlebihan dengan kesan matte sehingga 14 jam.
Rutin kecil mampu beri perubahan besar
Penjagaan kulit sering dikaitkan dengan penggunaan pelbagai produk dan rutin yang panjang. Namun, langkah asas yang dilakukan secara konsisten kadangkala menjadi antara faktor penting dalam memastikan kesihatan kulit terus terpelihara.
Dalam kesibukan menjalani rutin harian, perlindungan kulit bukan lagi sesuatu yang digunakan pada waktu tertentu sahaja.
Sebaliknya, ia kini semakin menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat yang lebih peka terhadap penjagaan diri.
Apa yang kelihatan seperti amalan kecil setiap pagi mungkin sebenarnya menjadi langkah penting dalam membantu memastikan kesihatan kulit terus terjaga untuk jangka panjang.
Maklumat lanjut mengenai rangkaian Avène Ultra Fluid, layari laman rasmi Eau Thermale Avène Malaysia atau ikuti perkembangan terkini menerusi akaun rasmi Avène Malaysia di TikTok, Instagram dan Facebook.
Rangkaian Avène Ultra Fluid juga boleh didapati di AEON Wellness, Ainz & Tulpe, Alpro Sugi Pharmacy, Caring Pharmacy, Guardian Health & Beauty, Health Lane Family Pharmacy, Hong Kong SaSa, Matsumoto Kiyoshi, My Chemist Hub, R Pharmacy dan Watsons Personal Care Stores.
Orang ramai juga boleh mendapatkan produk berkenaan menerusi kedai rasmi Eau Thermale Avène di Shopee dan Lazada sementara stok masih ada.
© New Straits Times Press (M) Bhd




