LATEST
National

PRN Melaka: Kerjasama gabungan jadi penentu pembentukan kerajaan – Amirudin

PRN Melaka: Kerjasama gabungan jadi penentu pembentukan kerajaan – Amirudin

KLANG: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memberi isyarat bahawa peningkatan sokongan pengundi semata-mata belum mencukupi, sebaliknya kerjasama antara gabungan politik menjadi penentu kejayaan membentuk kerajaan.

Baca juga: Masih Dirawat, Amir Raja Lawak Rayu Sokong Kedai Ayam Gorengnya

Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Amirudin Shari, berkata kejayaan membentuk kerajaan bukan hanya bergantung kepada strategi ketika pilihan raya, sebaliknya turut memerlukan kesepakatan dan kerjasama antara gabungan politik.

Beliau berkata, perkembangan awal keputusan PRN Melaka menunjukkan peningkatan sokongan yang positif, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu dan anak muda.

Bagaimanapun, katanya, peningkatan berkenaan masih belum mencukupi.

“Ada beberapa pertambahan yang agak positif dalam parti-parti, khususnya undi Melayu yang boleh kita bincangkan.

“Tetapi belum cukup kerana ia bukan soal gabungan atau sokongan kepada gabungan, tetapi bagaimana penjajaran politik harus difikirkan untuk membentuk sebuah kerajaan

“Tapi akhirnya di Malaysia, resipi kejayaan untuk kerajaan adalah melalui gabungan ataupun melalui koalisi yang berjaya, dan sekarang koalisi itu bukan lagi koalisi parti-parti, tetapi koalisi antara gabungan-gabungan dan itu harus difikirkan dengan teliti oleh pemimpin-pemimpin kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan sokongan terhadap PH susulan PRN Melaka.

Terdahulu, Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor merasmikan Karnival Pendidikan Digital PIBKS Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di sini, hari ini.

Mengulas kemungkinan PH perlu mengubah strategi politik, Amirudin berkata, sokongan terhadap gabungan itu masih kekal dan menunjukkan peningkatan di beberapa kawasan.

Bagaimanapun, beliau masih belum memperoleh angka terperinci keputusan PRN Melaka untuk membuat penilaian menyeluruh terhadap prestasi gabungan itu.

Pada PRN Melaka ke-16 semalam, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memperoleh kemenangan besar apabila menguasai 24 daripada 28 kerusi DUN, sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti melebihi dua pertiga.

Mengikut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN memenangi 21 kerusi, PN tiga kerusi, manakala PH memperoleh empat kerusi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news