LATEST
National

Hannah Delisha harap pelaku gantung kucing dihukum setimpal

Hannah Delisha harap pelaku gantung kucing dihukum setimpal

Baca juga: BN-PN Menang 24 Daripada 28 Kerusi, Ini Ketua Menteri Melaka Yang Baharu

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha berharap hukuman setimpal terhadap pelaku susulan video kucing yang diikat lehernya dan digantung di luar tingkap pikap di Kluang, Johor, baru-baru ini.

Hannah atau nama sebenar, Hannah Adlina Blackburne Birch, 30, berkata sebagai pencinta haiwan, dia berasa kesal terhadap kes penderaan haiwan yang tular berkenaan.

Menurutnya, perbuatan kejam terhadap haiwan tidak boleh diterima dan pihak bertanggungjawab sewajarnya dikenakan tindakan yang tegas.

“Bagi saya, perbuatan sebegitu langsung tidak berperikemanusiaan. Kalau seseorang boleh melakukan perkara kejam terhadap kucing, mereka juga mungkin sanggup melakukannya terhadap sesiapa sahaja.

“Perbuatan kejam terhadap haiwan seperti itu memang perlu dihukum kerana ia tidak betul,” katanya.

Hannah berkata demikian pada temubual duta perhiasan Elfi bersama Wan & Mary sempena Fashionably Modest Asia 2026, di sini, semalam.

Mengenai haiwan peliharaannya, kata Hannah, selain tiga ekor kucing termasuk jenis Parsi, dia juga memiliki seekor arnab dan dua ekor burung di rumah.

Menurutnya, dia rasa bertuah kerana suaminya juga pencinta haiwan dan mereka akan bergilir-gilir menjaga haiwan peliharaan berkenaan jika dia sibuk di lokasi penggambaran.

“Sebelum ini, saya pernah berkongsi kesedihan apabila burung yang sangat manja dan rapat dengan saya, Mochi sudah mati. Walaupun tidak pelihara lama, tapi saya sangat menyayanginya,” kata pelakon drama Andai Itu Takdirnya 2 berkenaan.

Terdahulu, video yang memaparkan seorang pemandu mengikat leher kucing dan menggantungnya di luar tingkap sebuah pikap tular di media sosial sehingga mengundang kecaman warganet.

Orang ramai menggesa polis mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit kerana didakwa melakukan perbuatan kejam terhadap haiwan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news