Farid Kamil Luah, Rindu Bau Keluarga | Oh! Media

Farid Kamil Luah, Rindu Bau Keluarga | Oh! Media

Pelakon terkenal Farid Kamil tidak dapat menyembunyikan kerinduan terhadap isteri tercinta, Diana Danielle dan dua anak mereka, Muhammad serta Nur Aurora.

Dalam satu perkongsian, Farid mengakui dia kini diuji namun tetap mencuba untuk terus bersabar dengan terapi istighfar dan doa.

Farid Kamil rindukan kenangan bersama keluarga…

farid kamil

Farid, 43, berkongsi bahawa kenangan bersama keluarga adalah perkara yang paling dirinduinya. Baginya, “bau” keluarga itu sesuatu yang amat istimewa.

Satu perkara yang saya akan sentiasa rindukan adalah ‘bau’ keluarga itu. Kenangan bersama anak-anak dan isteri. Mungkin percutian bersama keluarga juga.

Itu perkara yang saya rindu. Setiap kali terbit perasaan rindu, saya memperbanyak istighfar. Bila istighfar, insya-Allah hati akan rasa tenang dalam apa jua keadaan.- Katanya.

Farid juga tidak berhenti berdoa agar suatu hari nanti keluarganya kembali bahagia seperti dulu.

Hubungan masih sama, tapi Farid terus positif…

farid kamil

Ditanya mengenai hubungannya dengan Diana, Farid berkata mereka masih dalam keadaan sama dan sudah lama tidak bertentang mata. Namun, dia sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri demi masa depan keluarga.

Terus terang perhubungan saya dengan isteri dan anak-anak masih sama seperti dulu. Apa yang saya boleh katakan, saya dalam perjalanan untuk memperbaiki diri.

Farid dan Diana sebelum ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata: Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.


Scroll to Top