Perkongsian terkini pelakon terkenal, Fattah Amin mencuri perhatian selepas dia berkongsi ciri-ciri wanita bagi jawatan kosong sebagai ‘live host’.
Menerusi video tersebut, Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 34, mencari wanita dalam lingkungan usia 30-an yang bijak bercakap, selain turut menyifatkan adalah bonus sekiranya calon tersebut pandai menyanyi atau berlakon.
“Sebenarnya sekarang ini saya sedang mencari seorang wanita bujang, umur dalam 30-an. Dia adalah seorang yang bijak, pandai bercakap, happy go lucky, ceria dan yang paling penting beradab.
“Kalau dia ada bakat lain lebih bagus. Contohnya dia pandai berlakon, bernyanyi atau pandai buat hosting. Sebab saya sedang mencari ‘live host’ untuk tahun 2025,” katanya.
@pakmatwesterncafee Jikalau sudi katakan sudi, tidak lah hamba ternanti nanti #fatahamin
Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen hantaran tersebut dengan memetik nama penyanyi dan pelakon, Amira Othman untuk menghantar resume bagi jawatan itu.
Bukan itu sahaja, pemilik lagu Hati Hati ini turut meninggalkan komen di hantaran tersebut mempersoalkan mengapa netizen menyeru namanya.
“Kenapa semua seru saya? Saya kena hantar resume ke boss?,” katanya.

Sebelum ini, nama Amira hangat menjadi sebutan selepas didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor sensasi, Fattah Amin.
Dakwaan tersebut muncul selepas video ‘recap’ 2024 Amira yang dikongsikan di Instagram miliknya menjadi perhatian ramai yang tertumpu kepada minit sosok seorang lelaki tinggi memakai topi dan cermin mata hitam.
Ramai netizen mula tertanya-tanya siapakah identiti lelaki tersebut namun ada juga segelintir pihak yang membuat spekulasi mendakwa jejaka itu adalah Fattah.
Artikel Berkaitan: Individu Soal Tak Takut ‘Expired’ Ke Lambat Kahwin… Didakwa Terlalu Memilih, Ini Respons Amira Othman
Artikel Berkaitan: Video ‘Recap’ 2024 Raih Tumpuan, Kapsyen ‘Hati Hati’ Jadi Tanda Tanya… Netizen ‘Approve’ Fattah Amin & Amira Othman?




