Kuala Lumpur: Tular di media sosial hari ini mengenai sebuah rumah teres dua tingkat yang dikatakan milik pelakon popular, Farid Kamil yang dalam proses lelong dengan harga lebih setengah juta ringgit.
Perkara lelongan itu menjadi kecoh dan menarik perhatian ramai apabila tersebar iklan mengenainya yang diletakkan pada senarai lelongan awam bertarikh 22 Januari ini.
Rumah teres itu dipercayai beralamat di Jenjarom, Selangor mengikut maklumat dimuatkan di laman sesawang lelongan berkenaan dan iklan di akhbar yang juga tertera nama pemiliknya, Farid Kamil Zahari.
Tinjauan di ruangan komen portal hiburan yang memuatnaik berita lelongan rumah itu mendapati rata-rata netizen memaklumkan nama Farid di ruangan komen.
“Rumah FK (Farid Kamil), suami DD (Diana Danielle),” komen pengguna media sosial.
“Dari gambar itu dah tahu siapa. FK. Huhu,” komen seorang netizen.
“Kat ‘thread’ dah ada orang ‘reveal’ rumah siapa. Kasihan dia,” tulis wargamaya.
“Siapa pun beliau, semoga dipermudahkan segala urusan,” kata warganet.
Difahamkan, rumah teres itu mempunyai keluasan kira-kira 163 meter persegi itu dibeli pada 2011 dan status pemilikan Bumiputera.
Namun, sama ada pemilik dimaksudkan Farid Kamil itu adalah pelakon popular atau individu lain yang mempunyai nama sama tidak dapat dipastikan kerana Farid mengambil pendekatan berdiam diri.
Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Farid bagi mendapatkan komennya juga tidak berjaya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




