Belia mampu bawa pertahan kebenaran, tegakkan keadilan – PM

Belia mampu bawa pertahan kebenaran, tegakkan keadilan – PM

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan terhadap keupayaan anak muda membawa suara majoriti rakyat untuk mempertahankan kebenaran dan menegakkan keadilan.

Berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia ke-73 hari ini, Anwar berkata, anak muda harus menjadi jurubicara kepada suara hati rakyat pelbagai bangsa bagi membela nasib mereka.

“Negara ini negara hukum, ada prinsip Perlembagaan dan ada komitmen terhadap majoriti rakyat kerana masih ramai belum ada pembelaan yang wajar.

“Jadi, mesej saya, pilihlah (pemimpin) dalam kalangan yang dapat menjiwai semangat ini, carilah pemimpin generasi muda, bukan pemimpin kelompok korup, malas dan pemimpin ini perlu mempunyai keberanian… untuk mempertahankan kebobrokan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian mesyuarat berkenaan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top