Moscow: Kanada akan menghantar 60 anggota bomba atas permintaan Amerika Syarikat (AS) untuk membantu memadamkan kebakaran hutan di California, kata Menteri Kesiapsiagaan Kecemasan Kanada Harjit Sajjan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Menurut menteri itu, “rakan Amerika” telah meminta bantuan untuk memadamkan kebakaran hutan.
“Enam puluh anggota bomba dari Alberta dan B.C. akan dikerahkan seawal esok, dan kami sedang berusaha mengenal pasti serta menyediakan lebih banyak sumber untuk dihantar dalam beberapa hari akan datang. Jiran membantu jiran,” kata Sajjan menerusi hantaran di X.
Beberapa kebakaran hutan dilaporkan berlaku di California sejak Selasa, menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa berpindah dan sekurang-kurangnya 24 orang maut.
Seorang individu telah ditahan oleh Jabatan Polis Los Angeles atas dakwaan melakukan pembakaran yang mencetuskan Kebakaran Kenneth, antara kebakaran hutan yang dahsyat di California, lapor NewsNation pada Jumaat, memetik pegawai penguat kuasa undang-undang.
© New Straits Times Press (M) Bhd




