”Kau Dah Buat Kami Malu Satu Malaysia” – Razman Razmi Tak Mahu Tarik Kes | Oh! Media

”Kau Dah Buat Kami Malu Satu Malaysia” – Razman Razmi Tak Mahu Tarik Kes | Oh! Media

Kisah pereka fesyen terkenal, Razman Razmi, yang dibelasah seorang jurugambar di sebuah acara kini terus menjadi perhatian. Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian muka menegaskan bahawa mereka tidak akan menarik laporan polis atau menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa syarat tertentu.

“Nama baik selama 25 tahun terjejas!” – Razman Razmi

Menurut laporan HibGlam, Razman dan Razmi meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan individu tersebut, yang mereka dakwa telah merosakkan reputasi mereka selepas 25 tahun berkecimpung dalam industri fesyen tempatan.

“Jangan suruh orang kau wakilkan untuk minta tarik kes. Kau dah buat kami malu satu Malaysia, sakit, trauma, dan tanggung kos perubatan.

Razman Razmi minta ganti rugi RM500,000 & permohonan maaf terbuka

Kedua-dua pereka fesyen itu hanya akan mempertimbangkan penyelesaian di luar mahkamah jika individu tersebut memenuhi dua syarat

1. Bayar ganti rugi sebanyak RM500,000 untuk kerosakan yang dialami.

2. Permohonan maaf secara terbuka melalui sidang media.

Kalau nak sangat selesai luar mahkamah, bayar RM500,000 dan minta maaf satu Malaysia. Kalau kau ada duit,” tambah mereka dengan nada tegas.

Tindakan undang-undang tetap diteruskan

Razman Razmi menegaskan bahawa mereka akan meneruskan tindakan undang-undang bagi mempertahankan hak dan nama baik mereka. Insiden ini bukan sahaja meninggalkan kesan fizikal, malah mengakibatkan trauma emosi yang mendalam.

#OhmediaNasihat

Insiden seperti ini menjadi peringatan penting untuk kita semua bahawa setiap tindakan mempunyai akibat. Jangan sesekali mengambil jalan pintas dengan keganasan kerana ia bukan sahaja mencetuskan masalah, malah mencalarkan maruah diri sendiri. Hormatilah perniagaan dan kerjaya orang lain, kerana membina reputasi mengambil masa bertahun-tahun tetapi memusnahkannya hanya perlukan satu detik.


Scroll to Top