Kebakaran Terbesar Di LA Satu Mesej, Fizo Omar Ambil Iktibar – “Jangan Ingat Kuasa & Duit Boleh Mengatasi Semuanya”

Kebakaran Terbesar Di LA Satu Mesej, Fizo Omar Ambil Iktibar – “Jangan Ingat Kuasa & Duit Boleh Mengatasi Semuanya”

Pelakon, Fizo Omar mengambil iktibar atas insiden kebakaran hutan terbesar di Los Angeles, California sekali gus memperingatkan diri untuk sentiasa ‘membumi’ dan tidak bersikap angkuh.

Menerusi sesi siaran langsung, Fizo atau nama lengkapnya, Wan Hafizol Wan Omar, 39, berpendapat bahawa kejadian yang berlaku sejak 6 Januari lalu seolah-olah memberi tamparan hebat atau mesej kepada semua manusia.

“Saya tengok kebakaran itu dari semalam, memang menakutkan. Bila fikir ikut akal, memang tak logik. Kuasa Allah sangat hebat.

“Baru-baru ini Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meraikan tebusan, berlagak sombong. Dia belanja berbillion dolar semata nak hancurkan Gaza, Allah hantar api terus ranap semua musnah.

“Saya bukan nak meraikan apa yang berlaku, tetapi perkara yang jadi ini satu mesej, membuka mata semua pihak tak kisah agama,” katanya.

Dalam siaran langsung sama, Fizo sempat berkongsi nasihat kepada pengikutnya yang menonton untuk tidak bersikap sombong.

“Mereka (Amerika Syarikat) berpengaruh besar, perkara yang jadi disebabkan keangkuhan dan kesombongan.

“Hidup ini jangan berlagak dengan orang, itu mesejnya. Jangan ingat kuasa dan duit boleh mengatasi segalanya,” katanya.

Difahamkan, kebakaran di LA beraku di kawasan Pacific Palisades merebak dengan pantas ke Pasadena. malah, dianggarkan lebih 12,000 hektar kawasan di LA terbakar.

Kejadian tersebut turut memusnahkan kediaman beberapa selebriti terkenal Hollywood seperti Paris Hilton, Heidi Montag dan Spencer Pratt, Leighton Meester dan Adam Brody serta Anna Faris.

Scroll to Top