Jenama teknologi global, HONOR baru-baru ini melancarkan telefon pintar kecerdasan buatan (AI) tercanggih mereka iaitu HONOR Magic7 Pro di pasaran Malaysia.
Lebih mengujakan, HONOR turut memperkenalkan peranti edisi mewah yang dinanti ramai iaitu PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR.
Hadir dengan teknologi AI termaju, HONOR Magic7 Pro bukan sahaja merevolusikan pengalaman fotografi, malah turut meningkatkan kualiti paparan dan prestasi peranti secara keseluruhan.
Bagi pengguna yang menginginkan kelainan dan eksklusif, PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR menggabungkan teknologi inovatif dengan rekaan elegan yang diinspirasikan oleh kereta sport mewah.
Peranti pintar, intuitif

Kedua-dua model ini dilengkapi Google Gemini, pembantu AI yang membolehkan pengguna menjana idea, mempelajari kemahiran baru, menulis emel, merancang aktiviti, dan banyak lagi secara mudah.
Ini sekali gus memberikan pengguna pengalaman telefon pintar yang lebih menarik.
HONOR Magic7 Pro hadir bersama sistem kamera AI Falcon. Ia merangkumi kamera utama 50MP dengan sensor 1/1.3 inci, kamera lebar 50MP dan kamera ultra-telefoto 200MP.
AI HONOR Image Engine pula menjanjikan gambar berkualiti tinggi dengan pelbagai mod seperti Harcourt Portrait, AI Enhanced Portrait dan AI Super Zoom.
Selain itu, HONOR Magic7 Pro juga mengutamakan keselesaan mata dengan Paparan Keselesaan Mata Cahaya Semula Jadi AI HONOR yang diperakui TÜV Rheinland.
Ciri-ciri seperti Circular Polarized Display, Pemalapan PWM 4320Hz dan Paparan Sirkadia Malam dapat mengurangkan keletihan mata dan meningkatkan kualiti tidur.
Dikuasakan oleh bateri karbon silikon 5850mAh dan pengecasan berwayar 100W & wayarles 80W HONOR SuperCharge, HONOR Magic7 Pro menjanjikan prestasi bertenaga sepanjang hari.
Cip HONOR E2 4 dalam 1 pula mengoptimumkan pengurusan kuasa untuk kecekapan bateri yang lebih baik.
Dalam pada itu, HONOR Magic7 Pro turut menawarkan Stereo Speaker dengan kualiti audio yang mengagumkan untuk pengalaman hiburan yang lebih memuaskan.
Paparannya pula dilindungi dengan teknologi Anti-Calar 10X dan Perisai NanoCrystal Jatuhan, serta kalis debu dan air untuk ketahanan yang optimum.
Lebih mengagumkan, peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Elite dan MagicOS 9.0 yang menawarkan antara muka pintar serta pelbagai ciri AI seperti Magic Portal 2.0, AI Deepfake Detection dan AI Notes.
PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR
Hasil kerjasama HONOR dan Porsche Design, PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR hadir dengan rekaan yang diinspirasikan oleh kereta sport premium.
Ia menampilkan modul kamera heksagonal yang menyerupai lampu hadapan kereta sport dan garis Peak Line tampak sama seperti jalur hud kereta Porsche.
Peranti ini dilengkapi sistem tiga kamera belakang merangkumi Kamera Utama 50MP, Kamera Telefoto Periskop 200MP, dan Kamera Lebar 50MP selain turut hadir dengan LiDAR Matrix Autofocus untuk fokus yang lebih tepat dan pantas.
PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR tersedia dalam dua warna asli Porsche iaitu Provence (ungu moden) serta Agate Grey iaitu tona warna yang sporty namun tampak elegan.
Pra tempah sekarang!

Hadir dalam tiga rona premium Lunar Shadow Grey, Breeze Blue, dan hitam, HONOR Magic7 Pro boleh didapati dalam dua varian iaitu 12GB RAM + 512GB storan pada harga RM4,599 manakala 16GB RAM + 1TB storan pada harga RM5,199.
Pengguna boleh membuat pra pesanan mulai 16 Januari 2025 di HONOR Store seluruh negara, kedai dalam talian HONOR Malaysia, platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, dan TikTok Shop, serta pengedar rasmi seperti Senheng, SenQ, Urban Republic dan Harvey Norman.
Setiap pra pesanan HONOR Magic7 Pro bakal menerima hadiah bernilai RM2,096 termasuk HONOR Watch 5, pemegang pengecas tanpa wayar HONOR SuperCharge, Waranti Lanjutan 1 Tahun, Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari dan rebat RM200.
Bagi memudahkan pengguna, HONOR turut bekerjasama dengan Maxis dan CelcomDigi untuk menawarkan pakej pascabayar yang fleksibel dan berpatutan.
Pelanggan boleh mendapatkan HONOR Magic7 Pro dengan CelcomDigi ONE Ultra/ Pro bermula dari RM56 sebulan menerusi Easy360.
Manakala Maxis, peranti ini boleh didapati pada RM125 sebulan dengan pelan Maxis Postpaid 109 menerusi Zerolution.
Maklumat lanjut mengenai pakej pascabayar HONOR Magic7 Pro, kunjungi laman sesawang rasmi Maxis dan CelcomDigi.
Tidak ketinggalan, pengguna juga boleh menikmati pengalaman peranti terbaik dan mewah melalui PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR dengan RAM 24GB dan storan 1TB pada harga RM6,999.
Setiap pra pesanan PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR bakal menerima hadiah bernilai RM1,597 termasuk Waranti Lanjutan 1 Tahun, Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari, dan pemegang pengecas tanpa wayar HONOR SuperCharge.
Lebih menarik, pembeli boleh mendapatkan HONOR Watch 5 dengan tambahan hanya RM9.90.
Pra tempah PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR sekarang sehingga 23 Januari 2025 di HONOR Store terpilih dan kedai dalam talian HONOR Malaysia.
© New Straits Times Press (M) Bhd




