Lelaki maut jatuh dari tingkat 39 kondominium mewah

Lelaki maut jatuh dari tingkat 39 kondominium mewah

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga asing maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 39 kondominium mewah di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada 7.39 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan polis mendapati mangsa yang berusia 29 tahun sudah meninggal dunia.

“Keadaan anggota badan mangsa tidak sempurna, dipercayai akibat terjatuh dari ketinggian yang ekstrem,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) buat masa ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top