Tular Video Penyanyi Latar Terkedu Dengar Aina Abdul ‘Tarik’ Vokal Menyanyi Lagu ‘Sedia Terluka’ Di Imaji Tour – “Menusuk Ke Hati”

Tular Video Penyanyi Latar Terkedu Dengar Aina Abdul ‘Tarik’ Vokal Menyanyi Lagu ‘Sedia Terluka’ Di Imaji Tour – “Menusuk Ke Hati”

Lontaran vokal dan bakat penyanyi terkenal, Aina Abdul tidak dinafikan sentiasa memukau setiap pendengar yang hadir menyaksikan nyanyiannya secara langsung di mana-mana acara.

Sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan momen penyanyi latar mengiringinya semasa Imaji Tour mengakui kagum mendengar tarikan vokal oleh pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34 ini.

Menerusi video tersebut, Aina menyanyikan lagu Sedia Terluka di pentas Imaji Tour berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) Kedah membuat ramai terpukau dek kemerduan vokalnya yang tinggi itu.

@ohqarl

#sediaterluka #imaji #imajitour #ainaabdul @ainaabdulofficial

♬ original sound – Qarl El – Qarl El

“Saya amazed sekejap. Menusuk ke hati,” tulis penyanyi latar yang dikenali sebagai Dian Hashim di ruangan komen.

Artikel Berkaitan: “Tuduhan Tak Cipta Lagu Sendiri Fitnah.. Sampai Hati Cakap Macam Tu” – Aina Abdul

Scroll to Top