Pelakon dan penyanyi jelita, Fazura menuai tumpuan selepas video bersama anaknya tular di platform TikTok.
Menerusi perkongsian tersebut, Fazura kelihatan menggendong anaknya itu sambil melakukan sesi siaran langsung di TikTok bagi mempromosikan produk wangian miliknya.
Tindakan Fazura yang tenang dan sabar melayan karenah anaknya itu sambil menjual produk keluarannya ternyata mencuri perhatian peminat.
“Semoga Allah murahkan, luaskan, lapangkan, mudahkan ezeki buat Fazura dan kta semua untuk terus sokong live seterusnya dengan penuh kasih sayang,” tulis pada kapsyen berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji aktres itu yang sentiasa fokus mengurus kerjayanya sebagai ibu tunggal.
Malah, ramai yang menghargai sikap dan tindakannya yang dilihat tidak menggunakan teknik pemasaran (cheap marketing) untuk melariskan produk keluarannya.








