10 Atau 12 Finalis? Debaran AJL39 Semakin Hangat! Tunggu Pengumuman Eksklusif 18 Januari Ini!

10 Atau 12 Finalis? Debaran AJL39 Semakin Hangat! Tunggu Pengumuman Eksklusif 18 Januari Ini!

Bahang Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) semakin terasa! Justeru, terdapat pengumuman eksklusif bakal diumumkan mengenai AJL39! Tunggu apa lagi? Nantikan pengumuman penting ini yang akan disiarkan secara langsung menerusi Mega Live pada hujung minggu ini, iaitu pada 18 Januari 2025 (Sabtu), 8.00 malam, hanya di platform TikTok @TV3Malaysia.

Terdapat khabar angin yang mengatakan dua lagi finalis bakal menyertai pentas AJL39. Benarkah? Sebagai acara muzik yang dinanti-nantikan setiap tahun, AJL39 sentiasa menjanjikan pengalaman luar biasa, dipenuhi dengan momen epik dan kejutan yang pasti memukau semua. Segala persoalan tentang AJL39 akan terjawab di Mega Live AJL39, jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk mengetahui perkembangan terkini!

Apakah tema AJL39, siapakah penaja utama dan bilakah acara berprestij ini akan berlangsung? Bersiap sedia kerana semua rahsia ini akan terungkai tidak lama lagi! Apa yang pasti, persembahan pada malam itu dijangka akan mencipta getaran yang mendalam, menyentuh hati setiap pendengar. AJL39 akan menjadi malam yang penuh magis, merayakan dan mengiktiraf seni muzik Malaysia yang terus berkembang dengan penuh kegemilangan.

Siapakah yang akan menggalas tanggungjawab sebagai hos utama dan hos karpet merah AJL39? Tugas ini bukanlah mudah, kerana ia memerlukan karisma, bakat, dan dedikasi untuk memastikan malam berprestij ini berlangsung dengan penuh keajaiban. Hos-hos ini akan mencorakkan pengalaman AJL39 dengan gaya, jenaka, dan keunikan mereka yang tersendiri. Semua persoalan ini akan terjawab dalam Mega Live pada Sabtu ini.

Tiket AJL39 eksklusif hanya untuk pelanggan Tonton! Untuk mendapatkan tiket pra jualan, anda hanya perlu mendaftar dan melanggan Tonton, dan seterusnya membeli tiket AJL39 di www.wowtix.com.my dari 14 hingga 17 Januari 2025. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan AJL39 secara langsung dan rasai sendiri kehangatan malam anugerah yang paling dinanti-nantikan. Langgan Tonton sekarang untuk menikmati kelebihan ini!

Kosongkan kalendar anda kerana segala rahsia tentang AJL39 akan terbongkar! Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @TV3Malaysia.

Scroll to Top