Seorang wanita berumur 38 tahun yang memandu secara berbahaya dan enggan mematuhi arahan polis akhirnya ditahan reman selama dua hari.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman menjelaskan laporan diterima pihaknya sekitar jam 7.56 petang pada Rabu.
Suspek potong barisan melulu, ingkar arahan polis
Insiden berlaku kira-kira jam 5.15 petang apabila suspek memotong barisan secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan kecil.
Arahan untuk berhenti oleh anggota trafik bertugas juga tidak diendahkan, malah suspek cuba melarikan diri sehingga hampir melanggar anggota tersebut.
Didakwa mengikut Seksyen 186

Menurut Sulizmie, wanita tersebut didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara berbahaya.
Video kejadian yang tersebar luas menunjukkan suspek enggan mematuhi arahan polis sehingga mencetuskan kemarahan anggota bertugas.
Perbuatan suspek bukan sahaja menghalang tugas penjawat awam tetapi turut menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.
#OhmediaNasihat
Hormat kepada undang-undang jalan raya adalah tanggungjawab kita semua. Tindakan melulu bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga orang lain. Ingat, patuhi arahan pihak berkuasa untuk keselamatan bersama. Jangan biarkan ego memakan diri hingga menyesal di kemudian hari.





