Lelaki OKU Didakwa Hampir Terlanggar Budak Sebelum Diterajang | Oh! Media

Lelaki OKU Didakwa Hampir Terlanggar Budak Sebelum Diterajang | Oh! Media

Kejadian melibatkan seorang lelaki OKU yang ‘lunyai’ akibat diterajang dan diseret di sebuah pasar tani Kemaman menjadi buah mulut rakyat Malaysia kini.

Rata-rata rakyat Malaysia geram dengan tindakan pelaku yang tanpa belas ihsan ‘membantai’ lelaki OKU tersebut.

Namun, berdasarkan video yang dikongsikan di laman X Mynewshub, ada yang mendakwa lelaki OKU tersebut menunggang motosikal tersebut secara berbahaya.

Ada cerita lain pula ke…?

LelakiOKU

Menurut dakwaan, lelaki OKU itu menunggang motosikal itu secara berbahaya dan telah mengugut untuk buat 20 pusingan dalam pasar tani tersebut.

Kat sini dah ada dua kesalahan. Hakikatnya walaupun OKU, tetapi merbahayakan orang ramai dan tidak sepatutnya dibiarkan tanpa sebarang pengawasan. Satu lagi, yang memukul pun salah juga – Katanya.

Pada pusingan ketiga speed run yang dibuat lelaki OKU tersebut, dikatakan hampir terlanggar seorang anak kecil sebelum diterajang dan dibelasah secara beramai-ramai oleh pengunjung di pasar tani tersebut.

Bukan alasan untuk ‘membantai’ mangsa!

Walaupun terdapat kesalahan yang dilakukan oleh lelaki OKU itu, warganet merasakan tindakan membelasah mangsa sampai ‘lunyai’ adalah melampau!

Kisah lain tu lesen nk pukul ke siap heret? Dia tu OKU bukan normal punya orang. Ini bukan cara orang yang beragama. – Kata netizen.

Setakat ini, video tersebar itu telah mendapat jumlah tontonan lebih daripada 500,00 dan pelbagai reaksi dilontarkan oleh netizen yang mana rata-rata tidak menyokong perbuatan pelaku.

#OhmediaNasihat

Ingatlah, dalam apa jua keadaan, kita harus bertindak dengan bijak dan sabar. Jangan biarkan emosi menguasai diri sehingga tindakan yang dilakukan mengundang penyesalan di kemudian hari.


Scroll to Top