Susulan kenyataan fitnah sehingga dilabel meroyan dan tidak move on, pelakon dan penyanyi, Sherry Ibrahim tidak teragak-agak memberikan amaran tegas berupa saman terhadap netizen.
Katanya, tuduhan yang diberikan itu adalah diluar kawalannya, namun dia tidak mahu berdiam diri kerana menganggap tindakan tersebut membuka ‘peluang’ untuk netizen menindasnya.
“Kita tak boleh nak control apa yang orang anggap pada kita, apa orang nak kata, apa orang nak fikir sebab pada akhirnya, tak ada sesiapa pun yang mengenali saya.
“Dan bila mereka (netizen) ni mula menghakimi, mereka seolah-olah rasa mereka tahu dan kenal saya. Dan saya rasa berdiam, sabar itu bagus tapi banyak benda yang kalau kita berdiam kita ditindas, dipijak,” katanya.
Sherry berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui XTRA pada majlis pelancaran drama Gadis Semasa yang diadakan di Aloft, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Sherry, 41, menyifatkan, kritikan dan tuduhan jelik yang diberikan netizen sebelum ini sangat melampau sehingga menimbulkan fitnah dan perbalahan di antara peminat.
“Tapi macam saya kata tadi, saya tak boleh nak stop apa yang orang di luar sana fikir atau cakap pasal saya. Sekarang ni orang tak tahu dan anggap apa yang mereka rasa betul. Saya tak boleh nak hentikan tapi kadang-kadang benda tu melampau.
“Saya rasa ia melampau kerana netizen selalu ‘highlight’ benda yang tidak sepatutnya sehingga menimbulkan fitnah dan perbalahan.
“Walhal, niat saya pada asalnya tidak sebegitu. I work hard for everything. Saya tak boleh hentikan apa yang mereka katakan. Mungkin itu pahala untuk saya,” jelasnya.

Ketika ditanya sama ada dia masih menerima komen negatif atau tidak, Sherry bagaimanapun bersyukur kerana sudah kurang menerima komen berbaur sindiran dan hinaan.
“Semakin kurang, Alhamdulillah. Sometimes kita bagi warning lah kan.. sebab saya juga perlu menjaga kesihatan mental saya.
“Dengan kata-kata tidak benar sehingga menimbulkan fitnah di antara pihak yang tak sepatutnya saya tak berniat begitu jadi orang lain tak perlu create story begitu. Dan, adalah tidak adil untuk saya.
“Saya tak suka gaduh-gaduh, jadi lebih baik saya urus dengan perkara sepatutnya.
“Kalau benda tu melampaui batas saya akan berjumpa dengan mereka yang selayaknya,” ujarnya.
Sebelum ini, Sherry menerusi hantaran sebuah video di TikTok kelihatan sudah hilang sabar dek kerana tindakan tidak bertanggungjawab segelintir netizen terhadapnya.
Bahkan, menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama rantaian popular Ayahanda ini juga menyeru agar individu tersebut mengemukakan bukti terhadap dakwaan yang diberikan terhadapnya.
“Tak ada benda yang perlu dikaitkan. Sekali lagi awak tulis (fitnah), tunggu daripada peguam saya.
“Move on pasal apa ya? Awak saja yang rasa macam tu dan nak tulis supaya orang benci. Itu adalah fitnah. Jadi kalau awak tak kenal saya dan tak ada bukti, jangan suka hati nak komen macam tu.
“Tak ada benda yang perlu dikaitkan. Sekali lagi awak tulis (fitnah), tunggu daripada peguam saya,” bidasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Masih Difitnah Belum Move On Sehingga Dikritik ‘Meroyan’, Sherry Ibrahim Beri Amaran Terakhir – “Tunggu Daripada Peguam Saya”
ARTIKEL BERKAITAN:Sherry Ibrahim Dedah Ciri Lelaki Idaman – “Terpaling Sayang Mak Dia, That Will Make Me Melt More”
ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa ‘Try Hard’ & Tumpang Populariti Isu Cerai Fattah Amin, Fazura… Sherry Ibrahim Bengang
ARTIKEL BERKAITAN:“Bangkit Untuk Mulakan Hidup Baru” – Sherry Ibrahim Harap Fattah Amin Tabahkan Hati
ARTIKEL BERKAITAN:Sherry Ibrahim Serah Soal Jodoh Pada Takdir – “Bukan Tak Nak Kahwin…”




