am@hmetro.com.my
Iskandar Puteri: Seorang suri Rumah oerugian RM853,000 selepas terpedaya dengan keuntungan besar pelaburan mata wang kripto menerusi aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, wanita tempatan berusia 54 tahun itu mendakwa diperdaya seorang lelaki tempatan yang menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 10 peratus dalam tempoh tujuh hingga 10 hari.
Menurutnya, mangsa yang tertarik dengan tawaran itu memuat turun aplikasi pelaburan dalam talian seperti diarahkan.
“Mangsa melakukan sebanyak 26 transaksi ke 12 akaun bank berbeza, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM853,000.
“Pada 4 Disember tahun lalu, mangsa menerima pulangan pelaburan pertama sebanyak RM5,555.
“Selepas itu, mangsa gagal menghubungi suspek dan tidak dapat mengakses aplikasi pelaburan terbabit, sekali gus menyedari dirinya ditipu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut Kumarasan, mangsa membuat laporan polis pada 20 Januari lalu dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




