Pelakon, Beego mencuri perhatian ramai selepas dia membuat satu content bersama sebuah jenama barang perhiasan menelefon orang tersayang mengucapkan kata-kata indah.
Menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok, Beego atau nama sebenarnya, Mohamed Aszerul Nizam Abdullah menelefon ibunya telah menyentuh hati ramai.
“Abang nak minta maaf dunia akhirat, halalkan susu, makan minum. Sekiranya umur abang tak panjang, mama reda dan maafkan abang okay. I love you dunia akhirat,” katanya.
Sementara itu, ibunya turut mendoakan yang terbaik kepada anaknya agar berjaya dunia akhirat.
“Definitely son, mama dah reda dan halalkan dunia akhirat. Jangan risau, Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja untuk awak. Semoga berjaya dunia akhirat,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seolah-olah terkesan dengan luahan hati Beego kepada ibunya, lebih-lebih lagi caranya meminta maaf.
@adrianagold.hq macam ni cinta seorang anak lelaki #terjahganu #adrianagoldgongbadak #adrianagoldpasirtumboh #adrianagoldpengkalanchepa




