Dua maut, MPV dinaiki bertembung lori

Dua maut, MPV dinaiki bertembung lori

am@hmetro.com.my

Gua Musang: Dua maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori 10 tan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Sungai Lakit di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 4.06 pagi itu, seorang lelaki dan penumpang wanita yang menaiki MPV jenis Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 4.06 pagi dan sepasukan tujuh anggota bersama dua jentera dikerah ke lokasi.

“Apabila pasukan tiba, terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pada 5 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Seorang lagi mangsa perempuan yang juga penumpang Perodua Alza didapati tercampak daripada kenderaan dan disahkan meninggal dunia.

“Mangsa meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada 5.39 pagi,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top