Jojo One Nation Emcees Meninggal Dunia, Rebah Di Masjid Ketika Usaha Dakwah

Jojo One Nation Emcees Meninggal Dunia, Rebah Di Masjid Ketika Usaha Dakwah

Ahli kumpulan One Nation Emcees, Jojo atau nama sebenarnya, Nur Hasan Balas, 50, meninggal dunia sebentar tadi.

Perkara terbabit dikongsikan oleh sahabat Jojo, Mohd Hafizul menerusi hantaran di laman Facebook.

Menurut Hafizul, Jojo meninggal dunia selepas selesai bacaan doa ta’alim di Masjid Sri Petaling.

Dalam pada itu, memetik laporan mStar, Mimy Fly, vokalis One Nation Emcees turut memaklumkan Jojo kembali ke rahmatullah.

“Dia memang pernah mengalami strok beberapa bulan lepas. Saya dapat tahu dia tiba-tiba rebah di masjid ketika perjumpaan kumpulan tabligh.

“Baru tadi saya dapat panggilan daripada isterinya yang berada di Taiping. Saya tidak tahu lagi secara terperinci,” katanya ketika dihubungi mStar.

Menyifatkan Jojo sebagai seorang sahabat yang baik, Mimi sudah lama tidak bersua muka dengan sahabatnya namun mereka masih kerap berhubung malah merancang untuk bertemu dalam masa terdekat.

“Dua hari lepas kami baru berhubung dan ada perancangan untuk melakukan bisnes raya bersama.

“Jojo ini baik orangnya, saya dah lama tak jumpa dia. Kami hanya berhubung menerusi panggilan telefon kerana dia menetap di Taiping, Perak,” ujarnya.

Sumber: Facebook Mohd Hafizul & mStar

Scroll to Top