Banjir semakin buruk, JBPM beku cuti anggota bomba Sarawak

Banjir semakin buruk, JBPM beku cuti anggota bomba Sarawak

illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) membeku cuti bagi seluruh pegawai dan anggotanya di Sarawak, susulan banjir yang semakin memburuk khususnya di Bintulu.

Ia juga susulan amaran kategori merah, lebat berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia di beberapa daerah di Sarawak, hari ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, beberapa pasukan di daerah lain di negeri itu juga sudah digerakkan ke Bintulu untuk memperkasa bantuan dan kerja-kerja menyelamat.

“Kita sudah membekukan cuti dan pasukan bantuan ke lokasi yang terjejas teruk khususnya di Bintulu. Kerja-kerja menyusun gerak sudah dilakukan setakat ini.

“Pasukan bantuan dari Miri n Sibu juga sudah mula digerakkan ke Bintulu,” katanya kepada BH, hari ini.

Media melaporkan, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah di Sarawak meningkat kepada 15, pagi ini dengan 14 daripada menempatkan mangsa banjir yang keseluruhannya kini seramai 1,097 orang.

Dua lagi PPS yang masih aktif masing-masing menempatkan mangsa tanah runtuh dan kebakaran rumah panjang.

Daripada 14 PPS mangsa banjir, Serian mencatat jumlah tertinggi dengan lapan PPS, Bintulu (2), Kuching (2), Samarahan (1) dan Miri (1).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top