Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengakui tidak mudah ‘melawan’ diri daripada hasutan syaitan untuk berpaling daripada istaqamah dalam menunaikan ibadah.
Menerusi sebuah video temu bual bersama stesen televisyen, Betty berkata setiap manusia perlu berusaha sehingga satu tahap terpaksa ‘psiko’ diri sendiri dengan mengingatkan tentang kematian yang boleh datang pada bila-bila masa.
“Kalau kita nak berhijrah, kekal istaqamah, kena usaha… kita tak boleh terlalu selesa hari ini dah pakai tudung, dah beriman tak perlu pergi belajar, baca Al-Quran, tak perlu tambah ilmu.. tak boleh.
“Bagi saya kita kena tambah ilmu sebab perkara itu akan buat kita kembali ke pangkal jalan. Kena paksa diri dan selalu ingat yang kita ni boleh mati pada bila-bila masa.
“Kita kena psiko diri sendiri, kena lawan syaitan yang menghasut.. itu cara saya, perlu ada kawan sekeliling yang betul itu pun penting juga,” katanya.
Dalam pada itu, Betty turut berkata antara perkara lain yang utama dalam kekal istaqamah adalah dengan menjaga orang sekeliling.
“Saya tak tinggalkan kawan-kawan yang belum berhijrah atau apa, tetapi saya ada limit dari segi masa, kebanyakannya saya memang luangkan hari dengan keluara. Saya memang akan jaga orang sekeliling,” tambahnya.
@assalamualaikum.tvah Hijrah terbesar bermula daripada Diri Sendiri. Semoga Allah beri kekuatan pada setiap daripada kita hambaNya untuk terus berubah kearah kebaikan Insya Allah🌹✨ Mari dengarkan perkongsian hijrah istimewa daripada @Betty Rahmad | Sambal Queen hanya dalam Assalamualaikum TV Alhijrah! #tvalhijrah114 #assalamualaikum #assalamualaikumtvalhijrah #satukanummahdenganilmu #hijrahituperjuangan
♬ original sound – Assalamualaikum.tvah – Assalamualaikum.tvah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Artis Sertai Majlis Ilmu Dikritik, Betty Rahmad Tegur Netizen – “Hargai Usaha Mereka Untuk Belajar Agama”




