Perancis tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza

Perancis tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza

Presiden Perancis, Emmanuel Macron

– Advertisement –

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron meminta masyarakat antarabangsa untuk menghormati rakyat Palestin dan menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk memindahkan penduduk di Semenanjung Gaza.

Menurutnya, respon ‘efisien’ untuk membina semula Gaza tidak bermakna seseorang itu tidak perlu menghormati orang atau negara lain.

– Advertisement –

“Anda tidak boleh berkata kepada 2 juta orang, ‘okay, sekarang cuba teka apa? Anda akan bergerak’ (pindah). Ini bukan soal ‘harta tanah’, tetapi ‘operasi politik’.

“Saya sentiasa mengulangi ketidaksepakatan saya dengan Perdana Menteri (Israel) Netanyahu. Saya tidak percaya, sekali lagi, bahawa operasi besar-besaran yang menyasarkan orang awam adalah jawapan yang tepat,” katanya ketika ditemu bual semalam.

Sementara itu, seorang jurucakap kerajaan menyifatkan langkah demikian sebagai ‘menggugat kestabilan di Timur Tengah’.

Walaupun Perancis dilihat menyokong Israel dalam perang bersama kumpulan pejuang Hamas sejak 7 Oktober 2023, Macron tidak lari daripada mengecam dasar dan tingkah laku Israel secara terbuka dalam operasi ketenteraannya di Gaza dan Lubnan.

Perancis turut menggantung eksport senjata ke Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pada Oktober 2024 dan meminta negara lain untuk mengikuti langkah berkenaan. – AGENSI

Scroll to Top