Nama Disebut-Sebut, Pengurus Nafi Nadeera Terbabit Dalam Kes Penyanyi Ditangkap Khalwat

Nama Disebut-Sebut, Pengurus Nafi Nadeera Terbabit Dalam Kes Penyanyi Ditangkap Khalwat

Pengurus penyanyi, Nadeera yang dikenali senagai Acap menafikan dakwaan selebriti itu ditangkap khalwat susulan nakanya menjadi perbualan ramai sejak isu tersebut tular.

Difahamkan, Nadeera atau nama penuhnya, Farah Nadeera Zaini, 31, sedang sibuk membuat persiapan menjelang Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

“Bukan Nadeera, saya tidak mahu jawab apa-apa.

“Semalam, dia ada raptai dan sesi ‘fitting’ baju,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Acap turut menegaskan kontroversi tersebut telah menganggu fokus Nadeera mempersiapkan diri bersaing di pentas berprestij menerusi lagu Bukan Milik Kita.

“Perkara ini sudah menganggu fokus Nadeera untuk AJL. Semalam pun dia hanya buat raptai sahaja,” ujarnya.

Pada Rabu, heboh mengenai berita melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung  penyanyi wanita ditangkap khalwat bersama jejaka berstatus suami orang dalam sebuah rumah sewa.

Artikel Berkaitan: “Lantaklah Mereka Nak Cakap Apa” – Nadeera Zaini Nafi Bersekedudukan Dengan Lelaki Berstatus Suami Orang

Scroll to Top