Meskipun gosip cinta membabitkan ahli politik, Syed Saddiq dan aktres Bella Astillah semakin hangat diperkatakan, namun kedua-duanya kelihatan selesa berkongsi video dan hantaran sama di media sosial masing-masing.
Terkini, kedua-duanya sekali lagi dilihat berkongsi hantaran serupa menerusi muat naik di Instagram apabila berkongsi gelagat masing-masing menyanyikan lagu One Direction secara miming berjudul Steal My Girl sambil memakai busana Melayu berona sedondon.
Melihat tindakan kedua-duanya, rata-rata warganet tampil memberikan respons positif.
Sekaligus, mendoakan agar hubungan yang terjalin antara Bella dan Syed Saddiq berakhir ke jenjang pelamin.








