Kecoh di media sosial mengenai seorang penyanyi wanita yang ditangkap khalwat dengan suami orang sejak semalam dan nama penyanyi, Nadeera Zaini turut dikaitkan dengan kontroversi ini.
Pengurus Nadeera Zaini tampil bersuara

Menurut laporan Berita Harian, pengurus Nadeera yang dikenali sebagai Acap menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa penyanyi itu sibuk menjalani latihan untuk Anugerah Juara Lagu (AJL39) yang bakal berlangsung Ahad ini.
Memang kita sudah jelaskan individu ditangkap khalwat bukan Nadeera. Tiada sebarang komen daripada Nadeera kerana itu bukan dirinya.
Persiapan AJL39 terganggu?

Menurut Acap, Nadeera sedang fokus membuat persiapan bagi pentas AJL pertamanya, namun isu ini sedikit sebanyak mengganggu tumpuan penyanyi itu.
Berita itu memang mengganggu tumpuan latihan Nadeera untuk AJL39. Sejak berita ini tersebar, ramai menghubunginya untuk kepastian.
Beliau turut meminta orang ramai tidak terus mengaitkan Nadeera dengan kontroversi ini supaya penyanyi itu dapat memberi tumpuan penuh pada persembahannya nanti.
#ApaKataOhmedia
Jangan mudah percaya dengan spekulasi yang belum disahkan. Sebelum menyebarkan sesuatu berita, pastikan ia benar agar tidak menjejaskan nama baik individu lain!




