“Nanti Rees nak pergi taman cantik kan?,”.
Demikian respons anak kelima pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha selepas dimaklumkan mengenai keberadaan adik bongsu mereka, Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha, yang meninggal dunia pada pada Selasa.
Menerusi perkongsian video pendek yang dimuat naik di ruangan Instagram Story, Zaquan kelihatan melayan ragam anaknya, Muhammad Aisy Al Jibreel yang pada ketika itu memaklumkan adik bongsunya itu sedang berada dekat ‘pasir’.
Bagimanapun, Zaquan menjelaskan bahawa adiknya itu kini berada di taman syurga.
“Nanti Rees nak pergi taman cantik kan?,” balas Jibreel.
Terdahulu, industri hiburan Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian anak bongsu bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan Ayu Raudhah.
Berita pemergian bayi berusia enam bulan itu dikongsikan oleh Zaquan menerusi hantaran di platform sama pada Selasa.
Difahamkan, bayi berusia enam bulan itu meninggal semasa dalam tidur.
Bagaimanapun, jenazah Allahyarham Raees telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said pada pagi Rabu.
Sekadar info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.
ARTIKEL BERKAITAN:Anak Bongsu Meninggal Dunia Dalam Tidur, Che Ta Mohon Beri Ruang Buat Ayu Raudhah & Zaquan Adha
ARTIKEL BERKAITAN:Ayu Raudhah Sifatkan Anak Bongsu Pinjaman Syurga, Tak Pernah Menyusahkan Dari Lahir
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Beruntung Ayu Raudhah & Zaquan Adha Empat Orang Anak Syurga Dah Menanti Di Sana” – Rozita Che Wan Sentuh Hati Ramai




