Kepengerusian ASEAN 2025: Manfaat terhadap imej negara melalui pelbagai aspek

Kepengerusian ASEAN 2025: Manfaat terhadap imej negara melalui pelbagai aspek

Selepas mencapai pelbagai kejayaan ketika mengetuai Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada 2015, Malaysia kini berpeluang untuk mengulangi sejarah itu selepas sekali lagi mengambil alih tampuk Kepengerusian ASEAN 2025.

Kepengerusian ASEAN 2025 beri manfaat pelbagai aspek

Namun tanggungjawab itu bukan sahaja peluang Malaysia untuk terus mengangkat ASEAN, tetapi juga kesempatan bagi memperkukuhkan imej negara dengan memimpin perbincangan serantau, menangani isu keselamatan dan mempromosikan kestabilan politik sekali gus memperkukuh kerjasama antara anggotanya.

Kepengerusian ASEAN 2025

Foto: Bernama

Memetik laporan East Asia Forum, ketegangan di Laut China Selatan antara China dan Filipina mungkin boleh memberi kesan buruk terhadap keselamatan dan perdagangan global.

Oleh itu, Malaysia perlu menggunakan kepengerusiannya untuk memfasilitasikan dialog mengenai Laut China Selatan untuk meningkatkan keyakinan dan mengambil langkah mencegah untuk mengurangkan risiko di kawasan itu.

Potensi besar untuk tambah baik melalui Kepengerusian ASEAN 2025

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya ASEAN mempunyai potensi besar untuk menambah baik perdagangan antara negara anggota selepas ia kekal rendah sejak beberapa dekad lepas, lapor Sinar Harian.

Kepengerusian ASEAN 2025

Foto: Bernama

Artikel lain: PM Anwar pandu sendiri EV Turkiye pemberian Erdogan

Jika Malaysia berjaya dalam hal ini, perdagangan akan lebih aktif sekali gus menarik lebih banyak pelaburan asing dan domestik ke dalam negara kerana pelabur cenderung memilih negara dengan pasaran yang luas serta stabil.

Pendekatan ini akan memperkukuhkan imej negara sebagai pusat ekonomi serantau dimana kesemuanya menyumbang kepada kepentingan nasional dan imej negara di peringkat antarabangsa.

Kepengerusian ASEAN 2025

Foto: Bernama

Kepengerusian ASEAN 2025 manfaat perjanjian perdagangan serantau

Dalam pada itu, kepengerusian ASEAN membolehkan Malaysia memanfaatkan perjanjian perdagangan serantau untuk memperluas pasaran eksportnya dengan akses yang lebih meluas untuk meningkatkan jualan dan keuntungan, seterusnya memperkukuh ekonomi.

Selepas 64 tahun penubuhannya, tidak dapat disangkal lagi ASEAN telah memberikan pelbagai manfaat kepada anggotanya termasuk Malaysia.

Peluang memegang kepengerusian kali ini tidak boleh dipersiakan, kerana ia akan memberi kesan berpanjangan terhadap imej negara di mata serantau.

Scroll to Top