am@hmetro.com.my
Kuantan: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu suspek kes bunuh seorang wanita yang ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini ditahan segera.
Pada masa sama, baginda bertitah, hukuman setimpal dikenakan terhadap suspek terbabit jika disabitkan atas kesalahan membunuh.
“Kejam dan tidak berperikemanusiaan,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, hari ini.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan mencemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa bunuh di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini hari ini.
Baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Dalam kunjungan itu, baginda sempat menitipkan titah nasihat dan kata-kata semangat buat suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin, 31.
Terdahulu, media melaporkan mayat seorang peniaga wanita ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, semalam.
‘Setiap hari dia hubungi saya, tanya khabar’ – bapa Norshamira
Polis kesan seorang lelaki berhubung kes kematian peniaga makanan
Peniaga wanita COD makanan dipercayai dibunuh, mayat ditemukan di tepi sungaiPeniaga wanita COD makanan dipercayai dibunuh, mayat ditemukan di tepi sungai
© New Straits Times Press (M) Bhd
