Aston Martin perlu selesaikan isu Stroll

Aston Martin perlu selesaikan isu Stroll

Paris: Aston Martin perlu menyelesaikan perjanjian jangka panjang dengan Lance Stroll jika mereka serius untuk menjadi juara F1.

Pasukan yang berpangkalan di Silverstone itu menafikan laporan dari Daily Mail yang mendakwa mereka menyediakan tawaran bernilai £1 bilion (RM5.58 bilion) untuk mendapatkan Max Verstappen dari Red Bull.

Namun, reka bentuk terbaharu kereta Adrian Newey membuktikan bahawa Aston Martin amat serius meraih kejuaraan pemandu dan pengeluar.

Walau bagaimanapun, keputusan mengenai masa depan Stroll, anak kepada pemilik Lawrence Stroll dilihat sebagai kunci dalam merancang laluan mereka.

“Itu isu terbesar yang perlu dihadapi oleh Aston Martin ketika ini.

“Saya bercakap dengan Mike Krack di Abu Dhabi dan beliau berkata pengkritik berhak mengatakan bahawa keputusan tidak setimpal dengan apa yang dikeluarkan.”

“Ini adalah projek jangka sederhana dan panjang dengan fokus utama adalah pada 2026. 2025 mungkin akan mirip dengan apa yang kita lihat,” kata Lewis Larkam.

Tiada pengesahan mengenai minat Aston Martin terhadap Verstappen, tetapi dengan bermulanya peraturan 2026, keadaan mungkin menjadi lebih seimbang.

Aston Martin berharap Newey akan mencipta kereta yang cukup pantas untuk merebut gelaran yang mungkin menarik mana-mana pemandu di grid.

Aston Martin akan mempertaruhkan Fernando Alonso dan Lance Stroll yang kembali untuk musim ketiga mereka sebagai rakan sepasukan.

Musim lalu Aloson menamatkan saingan di kedudukan sembilan manakala Stroll berada di tempat ke-13 dalam senarai pelumba.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top