JDT sambar bekas bintang Al-Nassr

JDT sambar bekas bintang Al-Nassr

rizar@mediaprima.com.my

Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membuat kejutan apabila mengikat pemain import dari Brazil, Anselmo Moraes dalam usaha menguatkan pasukan itu bagi menghadapi Pohang Steelers pada aksi aksi Kumpulan Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Selasa ini,

Bekas pemain tengah kelab Al-Nassr dan Al-Wehda itu kemungkinan menjadi calon utama bagi mengganti Roque Mesa yang mengalami kecederaan ketika aksi menentang Central Coast Mariners, baru-baru ini.

Perpindahan ini diumumkan menerusi satu hantaran video di akaun media sosial Johor Southern Tigers yang menyaksikan kelibat Anselmo Moraes berada di Stadium Sultan Ibrahim bakal menyarung jersi bernombor 87.

“Pemain baharu, selamat datang Anselmo Moraes,” umum JDT di akaun media sosial rasmi kelab berkenaan.

Anselmo yang beraksi di posisi tengah bertahan sertai JDT selepas dilepaskan oleh kelab Arab Saudi, Al-Wehda pada Julai 2024 yang lalu.

Malah, tonggak berusia 35 tahun itu pernah menyarung jersi pasukan ternama seperti kelab Genoa, Palermo, Al-Nassr dan Internacional di Brazil.

Dan kehadiran Anselmo bakal merungkai keresahan pengendali JDT, Hector Bidoglio bagi menguatkan posisi tengah dan juga bakal tampak lega apabila Juan Muniz dan Murilo Henrique bebas daripada penggantungan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top