Jatuh Pentas Di AJL39, Hael Husaini Mohon Maaf – “Sebenarnya Saya Pun Lost Tapi…”

Jatuh Pentas Di AJL39, Hael Husaini Mohon Maaf – “Sebenarnya Saya Pun Lost Tapi…”

Penyanyi dan penulis lirik popular, Hael Husaini mengaku terkejut selepas terjatuh dari pentas ketika melakukan persembahan menerusi lagu Diam ciptaannya bersama Iqie Hugh.

Kata Hael, dia memohon maaf kepada semua peminat yang menyokongnya pada malam Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

“Saya minta maaf terutamanya kepada peminat saya.

“Benda itu, saya pun tak tahu… sebenarnya saya pun lost, saya terjatuh tapi show must go on dan saya harap peminat saya maafkan saya.

“I try to be my best. Sumpah saya pun punggung dan peha saya sekarang ni tengah sakit,” katanya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat Hael memuji tindakan pantas penyanyi itu yang bijak menetupi kesalahannya apabila bertindak menyilangkan kakinya.

 

Scroll to Top