suliati@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: AEON Bank menjadi perintis dalam sektor perbankan digital di Malaysia dengan memperkenalkan program setem kesetiaan interaktif berasaskan gamifikasi menerusi ‘Neko Missions’.
Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank (M) Berhad, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata Neko Missions direka khas bagi meningkatkan keterbabitan pelanggan serta menjadikan pengalaman perbankan digital lebih menarik dan menyeronokkan apabila melakukan transaksi harian.
Menurutnya, ciri terbaharu ini dibangunkan dengan sinergi bersama ekosistem keseluruhan Kumpulan AEON, termasuklah dengan kerjasama rakan niaga seperti ZUS Coffee dan Tealive.
“Dalam usaha mempromosikan transaksi tanpa tunai ini, kami turut dioptimumkan AEON Bank dengan kolaborasi bersama PayNet menerusi program DuitNow QR x Neko Missions.
“Malah, kami juga mengintegrasikan Program Mata Ganjaran AEON ke dalam aplikasi perbankan digital untuk memberikan ganjaran kepada pelanggan yang berbelanja di rangkaian AEON seluruh negara.
“Integrasi ini sekali gus menjadikan AEON Bank satu-satunya bank di Malaysia yang menggabungkan program kesetiaan runcit dalam aplikasi perbankan mudah alih,”katanya.
Raja Teh Maimunah percaya perbankan digital berpotensi menjadi lebih daripada sekadar alat pembayaran dan transaksi.
Justeru, katanya melalui Neko Missions pihaknya dapat mewujudkan pengalaman perbankan digital dengan mengoptimalkannya sebagai platform interaksi antara pelanggan dan jenama F&B kegemaran mereka serta pedagang runcit pilihan.
“Neko Missions diharapkan dapat menceriakan pengalaman membeli-belah harian pelanggan, serta menjadikannya lebih dinamik.
“Kami juga akan terus memperkembangkan program kesetiaan ini dan melalui Neko Missions, AEON Bank akan meneroka kerjasama dan sinergi dengan lebih ramai rakan niaga dalam ekosistem kami, sambil memanfaatkan keunikan USP jenama masing-masing serta memaksimumkan kesemendaan pelanggan,” katanya,”katanya.
Neko Missions membawa keterujaan kepada pelanggan dengan ganjaran menarik bagi setiap transaksi digital yang dilakukan.
Setem maya ‘Neko Paws’ boleh dikumpul dengan mudah melalui aplikasi AEON Bank dengan hanya menekan ikon ‘Ganjaran’ dan melengkapkan Neko Missions.
Kini, Neko Missions menampilkan dua kolaborasi utama, iaitu ZUS Coffee dan DuitNow QR oleh PayNet.
Dari sekarang hingga 31 Mac ini, setiap transaksi Neko Missions x DuitNow QR RM20 dan ke atas akan melayakkan pelanggan mengumpul satu Neko Paw (maksimum dua sehari).
Selepas mengumpul 10 Neko Paws, pelanggan boleh menebus 1,000 Mata AEON bersamaan RM5 menerusi aplikasi AEON Bank.
Manakala, untuk Neko Missions x ZUS Coffee pula, pelanggan hanya perlu menggunakan Kad Debit-i AEON Bank untuk membayar pembelian di ZUS Coffee minima RM7 bagi mendapatkan satu Neko Paw dari sekarang sehingga 31 Mei 2025.
Pelanggan yang berjaya mengumpul enam Neko Paws boleh menebus ganjaran melalui aplikasi ZUS Coffee.
Sementara itu, Pengarah Kanan Komersial PayNet Azrul Fakhzan Mainor berkata kerjasama strategik bersama AEON Bank itu memperkukuh landskap pembayaran digital Malaysia dengan menawarkan pengalaman transaksi yang lancar, selamat, dan bermanfaat.
Menurutnya, melalui Neko Missions, pihaknya mengintegrasikan insentif dalam transaksi harian, menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk beralih kepada pembayaran tanpa tunai sambil menikmati ganjaran yang bermakna.
“Ini bukan sahaja mempertingkatkan keterbabitan pelanggan, tetapi juga mempercepat peralihan ke arah ekonomi yang lebih berhubung, inklusif, dan berdaya digital,”katanya.
Bukan itu saja, Neko Missions juga bakal menawarkan lebih banyak ganjaran menarik melalui kerjasama dengan rakan niaga seperti myAEON2Go, AEON Fantasy, Tealive, Sisters Crispy Popiah dan banyak lagi.
Selain itu, pelanggan juga digalakkan menggunakan Kad Debit-i Visa AEON Bank untuk pembayaran di kedai fizikal dan dalam talian bagi mengumpul lebih banyak Mata AEON, yang boleh ditebus dalam bentuk tunai melalui aplikasi AEON Bank.
Lebih menarik, AEON Bank juga menawarkan Program Rujukan “Share-Share Lah”, di mana pelanggan akan menerima 1,800 Mata AEON (bersamaan RM9) setiap kali mereka berjaya merujuk rakan atau ahli keluarga untuk membuka Akaun Simpanan-i AEON Bank.
Dengan inisiatif ini, AEON Bank terus komited dalam menyediakan perkhidmatan perbankan digital yang mudah diakses, selamat dan patuh Syariah.
Dengan menggabungkan penyelesaian kewangan digital dan tawaran gaya hidup melalui Neko Missions dan Program Mata Ganjaran AEON, AEON Bank terus menerajui pengalaman perbankan digital yang lebih dinamik.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.aeonbank.com.my atau tekan ikon ‘Ganjaran’ di aplikasi AEON Bank.
Juga, imbas kod QR di bawah untuk memuat turun aplikasi AEON Bank dan mula mengumpul ganjaran anda hari ini!
© New Straits Times Press (M) Bhd




