PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis dihantar ke SPR

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis dihantar ke SPR

Ipoh: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Speaker (Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid) telah menghantar surat (notis) secara rasmi kepada SPR semalam,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi waris Ahli DUN Ayer Kuning Allahyarham Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia, pada Sabtu.

Ishsam penyandang DUN Ayer Kuning pada Pilihan Raya Umum Ke-15 2022, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai perlawanan bola sepak di sebuah stadium di Pulau Pinang, petang Sabtu lalu.

Susulan itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) perlu diadakan kerana DUN Perak belum mencapai mandat tiga tahun.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional perbincangan di peringkat kepimpinan parti akan dilakukan sebelum SPR bermesyuarat menentukan tarikh-tarikh penting PRK DUN itu.

Ahmad Zahid berkata, parti akan berbincang dengan SPR berkenaan tarkh sesuai diadakan PKR berkenaan susulan sambutan bulan Ramadan dan Syawal serta Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) yang akan diadakan 15 hingga 19 April ini.

“Jadi kita akan minta SPR memberikan pandangan dan ia nanti tertakluk kepada perbincangan yang akan diadakan,” katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata berdasarkan persefahaman yang dibuat dalam Kerajaan Perpaduan, BN akan meletakkan calon pada PRK tersebut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top