Pempengaruh sensasi, Imran Bard memaklumkan dirinya akan berehat seketika daripada media sosial susulan teruk dihentam netizen.
Menerusi ruangan komen di TikTok, Imran mempersoalkan mengapa netizen tidak henti-henti mengecam dirinya.
“Cukuplah, kenapa sampai begini? Kenapa terlalu marah?” katanya.
Video tersebut meraih pelbagai respons netizen yang meminta dirinya untuk berehat seketika dan menjauhkan diri daripada media sosial buat sementara waktu.
Bersetuju dengan saranan itu, Imran memaklumkan bahawa dia akan berehat daripada media sosial buat sementara waktu.
“Saya akan berehat seketika, okay,” ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mendesak Imran untuk memohon maaf kepada artis veteran, Ellie Suriaty.
Sebelum ini, pelakon senior Ellie Suriaty meluahkan rasa terkilan terhadap ‘content’ parodi Imran yang memetik namanya sehingga mendakwa aktres itu ‘kacip’ dan mengambil dadah.
Berang dengan perbuatan itu, Ellie menegaskan dia hanya akan menerima permohonan maaf daripada ibu bapa Imran.
Artikel Berkaitan: Maruah Tercalar, Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Minta Maaf – “Saya Tak Reda & Dah Buat Laporan Polis!”
Artikel Berkaitan: Imran Bard Respons Tuntutan Ellie Suriaty Minta Ibu Bapa Minta Maaf – “Saya Hormat Dia Sebagai Orang Tua”




