Medvedev mara suku akhir

Medvedev mara suku akhir

Dubai: Pilihan utama Daniil Medvedev menewaskan Giovanni Mpetshi Perricard dari Perancis dengan straight set awal pagi tadi untuk mara ke suku akhir Kejohanan Dubai buat kali ketiga berturut-turut.

Medvedev, juara 2023 menang 6-4, 6-4, ke atas Mpetshi Perricard yang mempunyai kelajuan servis 225 kmsj.

“Anda tidak mempunyai masa langsung, jadi ia tindak balas refleks,” kata Medvedev mengenai aksi menentang pemain Perancis berketinggian 2.03 meter itu.

“Ia menjadi lebih mudah kerana jika anda tidak mengembalikannya, anda tidak akan kecewa. Ada beberapa servis kedua yang saya terlepas dan saya kecewa. Anda hanya cuba yang terbaik dan saya melakukannya dengan baik hari ini.”

Mpetshi Perricard menyelamatkan lapan daripada 10 mata break tetapi melakukan 44 kesilapan.

Medvedev yang memburu gelaran pertama sejak Rom tahun lalu akan berdepan Tallon Griekspoor yang menewaskan juara bertahan Ugo Humbert 4-6, 6-3, 6-2.

Felix Auger-Aliassime pula membuat perhitungan suku akhir dengan bekas juara Terbuka Amerika Syarikat selepas mengatasi cabaran Nuno Borges 4-6, 6-3, 7-5.

Cilic kembali menemui rentak kemenangan di peringkat jelajah kali pertama sejak memenangi kejohanan di Hangzhou pada September lalu selepas menewaskan Alexei Popyrin 5-7, 6-3, 6-4.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top