Baim Wong Didakwa Kasari Paula Verhoeven, Rakaman CCTV Jadi Bukti di Mahkamah

Baim Wong Didakwa Kasari Paula Verhoeven, Rakaman CCTV Jadi Bukti di Mahkamah

Konflik rumah tangga antara pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong, dan bekas isterinya, Paula Verhoeven, semakin hangat apabila dakwaan keganasan rumah tangga dibangkitkan dalam perbicaraan perceraian mereka.

Menurut laporan Detik.com, Paula menghadirkan seorang saksi ahli forensik digital (IT), Abimanyu, dalam sesi mahkamah pada 26 Februari.

Dalam perbicaraan tersebut, rakaman CCTV yang dipaparkan menunjukkan sepasang lelaki dan wanita disyaki Baim dan Paula terlibat dalam pertengkaran.

Abimanyu menjelaskan bahawa dalam rakaman tersebut, kelihatan tangan lelaki itu bergerak hingga menyebabkan kepala wanita berkenaan terdorong ke hadapan.

“Terjadi perbezaan pendapat dan terdengar suara marah-marah oleh pihak lelaki. Kemudian boleh didengar wanita dibentak dan suasana makin tegang. Namun, pihak wanita hanya diam.

“Mungkin kerana pihak lelaki tidak tahan dengan respons wanita yang hanya diam dan tenang, maka telah terjadi sentuhan tubuh secara keras (Baim mengasari Paula).

“Akibat dikasari, pihak perempuan terjatuh, Kemudian ada juga kekerasan dilakukan pada bahagian kepalanya,” katanya seperti dilaporkan dalam berita tersebut.

Abimanyu turut mendakwa wanita itu terjatuh akibat tindakan agresif tersebut dan mengalami kekerasan pada bahagian kepala.

Bagaimanapun, Baim Wong melalui peguamnya menafikan tuduhan bahawa dia mengasari Paula. Pihaknya juga mendakwa terdapat bahagian rakaman CCTV yang tidak ditayangkan sepenuhnya dalam mahkamah.

Untuk rekod, berita perceraian Baim Wong dan Paula Verhoeven pertama kali disahkan pada 8 Oktober 2024, menamatkan perkahwinan mereka selepas hampir enam tahun bersama.

Sumber: Gempak, Detik.com

Scroll to Top