Kes Zulfarhan: Enam Penuntut Hanya Berbaki Empat Tahun Lagi

Kes Zulfarhan: Enam Penuntut Hanya Berbaki Empat Tahun Lagi

Hukuman penjara terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain kini hanya berbaki empat tahun lagi sebelum mereka dibebaskan.

Menurut peguam Datuk Seri M Ramachelvam, yang mewakili perayu keempat, Muhammad Afif Najmudin Azahat, anak guamnya sudah menjalani hukuman penjara lapan tahun sejak 1 Jun 2017 dan akan dibebaskan lebih awal atas faktor kelakuan baik.

Ini adalah pengajara dan pengalaman yang menyakitkan baginya. Ibu bapanya sudah meminta maaf kepada keluarga mangsa atas apa yang berlaku dan tidak disengajakan.

Dia menanti-nantikan untuk memulakan kehidupan baru dalam masa empat tahun lagi.- Katanya selepas prosiding mahkamah.

Hukuman mati dibatalkan, diganti penjara 18 tahun…

Mahkamah Persekutuan pada hari ini telah mengetepikan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas pelajar UPNM dan mengembalikan semula hukuman penjara 18 tahun.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Mereka menerima rayuan akhir semua perayu terhadap sabitan dan hukuman mati yang telah dijatuhkan sebelum ini oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai tahun lalu.

Kesemua mereka kini berusia 29 tahun. Enam bekas pelajar UPNM yang terlibat ialah:

1. Muhammad Akmal Zuhairi Azmal

2. Muhammad Azamuddin Mad Sofi

3. Muhammad Najib Mohd Razi

4. Muhammad Afif Najmudin Azahat

5. Mohamad Shobirin Sabri

6. Abdoul Hakeem Mohd Ali

Hanya empat tahun lagi sebelum dibebaskan…

Menurut peguam Ramachelvam, jika diambil kira pengurangan satu pertiga hukuman bagi banduan yang berkelakuan baik, enam perayu ini dijangka dibebaskan dalam masa empat tahun lagi.

Penjara membenarkan satu pertiga hukuman untuk dipertimbangkan untuk diselesaikan lebih awal jika berkelakuan baik. Jadi jika dikira, mereka akan keluar selepas empat tahun lagi.- Jelasnya.

Sementara itu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhammad Akmal Zuhairi dan Muhammad Azamuddin berkata, tiada pihak yang menang dalam kes ini kerana Zulfarhan Osman telah kehilangan nyawa.

Mereka ini sudah hilang masa depan dan telah menjalani hukuman. Ini satu pengajaran besar buat semua.- Katanya.


Scroll to Top