2 maut, seorang parah kereta terbabas dan dilanggar treler

2 maut, seorang parah kereta terbabas dan dilanggar treler

am@hmetro.com.my

Hulu Selangor: Dua maut manakala seorang parah dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 417.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, kemalangan jam 7.15 pagi itu membabitkan sebuah treler dan kereta Proton Wira.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki tiga lelaki warga tempatan berusia 18, 19 dan 20 tahun dari Kuala Lumpur ke Hulu Bernam.

“Semasa melalui lebuh raya, Proton Wira disyaki hilang kawalan dan terbabas sendiri sebelum dilanggar treler.

“Pemandu dan penumpang hadapan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penumpang belakang cedera parah dan dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Mohd Asri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top