Pelakon Kiah Propa meluahkan rasa sebak apabila melihat dirinya bekerja keras dari pagi hingga malam tanpa mengenal penat, semata-mata demi mencari rezeki halal untuk keluarganya.
Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Kiah atau nama sebenarnya Siti Rohkhaida Abdul Kalil, 46, berkongsi detik menyayat hati dirinya menjamah bekal makanan di tempat perhentian bas dalam suasana hujan.
Di ruangan kapsyen, Kiah menitipkan doa agar diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus berjuang menyara keluarga.
Walaupun menerima segala ketentuan dengan reda, Kiah mengakui ada saatnya dia merasa simpati terhadap dirinya sendiri, yang tidak punya masa untuk berehat seperti orang lain.
Namun begitu, dia tidak pernah menyesal dengan keputusan untuk kembali berkahwin dengan bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail yang kini terlantar sakit akibat kanser leher.
“Sedih pula tengok diri sendiri berusaha kerja tanpa hirau apapun sekeliling demi mencari rezeki, hujan panas aku redah. Ya Allah, semoga aku sihat untuk keluargaku. Perit itu di hati, namun aku tetap bersyukur..
“Tak sedikit pun aku mengeluh cuma kadang aku perhati, aku tak ada masa ‘healing’ macam orang lain. Seawal pagi hingga malam aku bekerja.. Aku tak akan menyesal pilihan untuk kembali berkahwin cuma sedikit lelah seorang perempuan,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mengundang rasa simpati dalam kalangan netizen, yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan doa buat Kiah.
Ramai menyifatkannya sebagai seorang wanita yang luar biasa kuat dalam menghadapi dugaan hidup.
Untuk rekod, pada November tahun lalu, Kiah mengambil keputusan untuk menikahi semula bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail, selepas lapan tahun berpisah, demi menjaganya yang kini sedang bertarung melawan penyakit kanser.
@kiahpropaviral SEDIH PULAK TENGOK DIRI SENDIRI BERUSAHA KERJA TANPA HIRAU APAPUN SEKELILING DEMI CARI REZEKI HUJAN PANAS AKU REDAH ALLAH MOGA AKU SIHAT UNTUK KELIARGAKU😭😭😭🤲🏻🤲🏻😖PERIT ITU D HATI RASA ITU DI SINI NAMUN AKU TERAP SUUKUR TAK SIKIT AKU MENGELUH CUMA KADANG AKU PERATI AKU TAKDE MASA HEALING MACAM ORG LAIN SEAWAL PAGI HINGGA MALAM BEKERJA ….DAN AKU TAKKAN MENYESAL PILIHAAN UNTUK KEMBALI BERKAHWIN CUMA SEDIKIT LELAH SEORANG PEREMOUAN 😭😭😖😖💪🏻 #kiahpropa #viral #fyp #saujanautamasgbuluh #bakso #meekarihainankiahpropa #laksalelatokiahpropa #baksojawa