Tak jadi pindahkan penduduk Gaza, muslihat baharu Trump?

Tak jadi pindahkan penduduk Gaza, muslihat baharu Trump?
Tak jadi pindahkan penduduk Gaza, muslihat baharu Trump?

Sebuah keluarga Palestin mendiami tapak runtuhan rumah asal mereka di utara Gaza.

WASHINGTON – “Tiada sesiapa akan mengusir penduduk Palestin dari Gaza”.

Kenyataan itu dibuat Presiden Donald Trump pada Rabu ketika beliau cuba membuat pusingan U terhadap pelan mengarut yang mahu melakukan pemindahan paksa ke atas penduduk Gaza dan menjadikan wilayah itu sebagai ‘Riviera Asia Barat’.

Pada bulan lalu, Trump menyuarakan idea gila tersebut pada fasa awal perjanjian gencatan senjata di Gaza hingga mengundang kecaman dan bantahan besar-besaran komuniti antarabangsa.

Mesir, Jordan dan negara Teluk turut memberi amaran jika pelan itu diteruskan bakal menggugat kestabilan di rantau Asia Barat.

Bagi menghalang rancangan dibuat Trump, Kaherah memperkenalkan inisiatif pembinaan semula Gaza yang disokong semua pihak dan menelan kos AS$53 bilion (RM234.8 bilion) selain memastikan penduduk Palestin kekal di tanah air mereka.

Pengumuman terbaharu dibuat Trump disambut baik Mesir dan gerakan Hamas meskipun beberapa pihak skeptikal jika ada muslihat di sebalik penarikan semula rancangan kontroversi tersebut.

“Kedudukan terbaharu itu mencerminkan pemahaman beliau untuk mengelakkan situasi kemanusiaan di Gaza bertambah buruk dan kepentingan mencari penyelesaian yang mampan serta adil terhadap isu Palestin,” ujar Kementerian Luar di Kaherah dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Hamas pula menggesa Trump supaya tidak menyokong ‘visi ekstremis Zionis’. – Agensi

Scroll to Top