Kuala Lumpur: Jenama vivo Malaysia memperkenalkan model telefon pintar terbarunya, vivo V50 yang bukan sahaja menawarkan prestasi tinggi tetapi juga direka dengan elemen fesyen eksklusif.
Bagi meraikan pelancarannya, vivo bekerjasama dengan majalah fesyen dan gaya hidup berprestij Amerika Syarikat, Vogue untuk menghasilkan V50 X Vogue Co-Branded Gift Box yang mengandungi pelbagai hadiah istimewa.
Antara hadiah eksklusif ditawarkan ialah Gincu Gucci Ancora Red #509, gelang eksklusif Ravipa “Sun Wukong” serta aksesori khas vivo seperti pemegang telefon dan tali leher telefon pintar.
Reka bentuk vivo V50 diinspirasikan oleh keindahan semula jadi, daripada gunung dan lautan sehingga ke langit berbintang.
Warna-warna seperti Ancora Red, Mist Purple dan Satin Black diperkenalkan mencerminkan gabungan teknologi dan estetika, menjadikannya lebih daripada sekadar telefon pintar tetapi juga satu karya seni yang menggambarkan hubungan manusia dengan alam semula jadi.
Fotografi profesional
<img class="img-responsive"<img src="https://assets.hmetro.com.my/images/articles/V50%20KV_%E4%B8%BBKV_%E7%BA%A2_%E5%A4%A7%E5%AD%97%E6%8E%92%E7%89%88_%E6%A8%AA%E7%89%88_RGB_1218.jpg"alt="Image"class="responsive"
vivo V50 hadir dengan kamera utama 50MP ZEISS OIS yang mampu merakam gambar dengan lebih jelas, terutamanya dalam keadaan cahaya rendah.
Menampilkan ZEISS Multifocal Portrait, V50 menawarkan panjang fokus 23 mm, 35 mm dan 50 mm.
Setiap panjang fokus dipadankan dengan tujuh gaya bokeh ikonik ZEISS Style Bokeh, termasuk ZEISS Biotar Style Bokeh, ZEISS B-Speed Style Bokeh, ZEISS Distagon Style Bokeh, ZEISS Sonnar Style Bokeh, ZEISS Planar Style Bokeh, ZEISS Cine-Flare Portrait dan ZEISS Cinematic Style Bokeh.
Pilihan ini memberikan kesan bokeh yang unik dengan pemprosesan warna bertaraf sinematik.
Kamera Utama ZEISS 50 MP OIS dilengkapi dengan Sensor Flagship 1/1.55″ memberikan keupayaan menangkap cahaya yang luar biasa walaupun dalam keadaan mencabar.
Selain itu, ia turut disertakan dengan kamera belakang ultra-lebar 119° yang mudah menangkap gambar secara beramai-ramai dan pemandangan luas.
Dengan sensor 50 MP ZEISS, setiap gambar boleh diambil dengan perincian yang luar biasa bagi memberikan skala dan kedalaman pada setiap tangkapan.
Ciri AI Group Portrait 2 pula memastikan setiap individu dalam gambar dirakam dengan jelas walaupun dalam kumpulan yang besar.
Bagi penggemar swafoto, kamera swafoto berkumpulan 50MP ZEISS menawarkan sudut luas 92 darjah untuk menangkap setiap detik dengan lebih sempurna.
Tambahan pula, teknologi AI Facial Contouring membantu menghasilkan kesan semula jadi yang menyerlahkan kecantikan wajah dalam setiap gambar.
Pengecasan pantas
<img class="img-responsive"<img src="https://assets.hmetro.com.my/images/articles/IMG_6433%20vivo%20v50%2090w%20flashcharge.jpg"alt="Image"class="responsive"
Dilengkapi dengan bateri 6,000mAh BlueVolt, vivo V50 memastikan penggunaan sepanjang hari tanpa perlu risau kehabisan kuasa.
Teknologi 90W FlashCharge membolehkan pengguna menikmati sehingga enam jam panggilan atau tiga jam penstriman video hanya dengan pengecasan selama 10 minit.
Selain itu, sistem bateri BlueVolt dan AI Sleep Mode membantu mengoptimumkan penggunaan tenaga untuk ketahanan bateri yang lebih lama.
Teknologi kecerdasan buatan (AI)
vivo V50 turut diperhebatkan dengan Google Gemini Assistant, pembantu peribadi pintar yang menyokong pencarian pintar serta tugas kompleks lain.
Ciri Live Call Translation pula membolehkan terjemahan perbualan secara langsung dalam tujuh bahasa utama, manakala AI Screen Translation menyokong sehingga 132 bahasa untuk membantu komunikasi rentas bahasa dengan lebih mudah.
Tambahan pula, AI Efficiency Tools seperti AI Transcript Assist, Circle to Search with Google dan Live Text meningkatkan produktiviti pengguna dengan membolehkan transkripsi audio ke teks, carian pantas serta pengecaman dan pengekstrakan teks daripada imej atau dokumen.
Prestasi lancar
Salah satu kelebihan utama vivo V50 ialah jaminan pengalaman lancar selama lima tahun.
Dengan teknologi pemprosesan canggih dan sistem pengurusan memori pintar, telefon ini mampu mengekalkan kelajuan dan prestasi walaupun selepas tempoh penggunaan yang panjang.
<img class="img-responsive"<img src="https://assets.hmetro.com.my/images/articles/vivo%20v50.JPG"alt="Image"class="responsive"
Pelancaran vivo V50 ini bukan sekadar memperkenalkan peranti baharu tetapi juga mempamerkan inovasi teknologi yang mampu meningkatkan pengalaman pengguna.
Dengan gabungan reka bentuk estetik, keupayaan fotografi unggul, bateri tahan lama serta kecerdasan buatan yang canggih, vivo V50 menetapkan penanda aras baharu dalam industri telefon pintar.
© New Straits Times Press (M) Bhd


