Pempengaruh TikTok, Evanoza yang merupakan bekas isteri kepada Abang Viva mengesahkan kini sedang menjalani tempoh eddah.
BACA: Abang Viva Sahkan Sudah Bercerai – “Ikhlaskan Yang Sudah Pergi”
Beliau berharap dirinya dapat diberi ruang untuk menjalani kehidupan dengan lebih tenang. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci punca sebenar perpisahan.
Bekas isteri Abang Viva kongsi momen terakhir dengan ibu bapa mentua
Apa yang pasti, Eva berkongsi momen terakhir bersama ibu bapa mentuanya sebelum Ramadan baru-baru ini.
Eva akan rindu rendang mak dan lemang ayah! Walaupun anak mak dan ayah cakap mak ayah tak suka Eva… Tapi Eva sayang mak ayah macam mak dan ayah kandung Eva. Eva halalkan apa yang Eva bagi dan buat dekat rumah tu kerana Allah SWT.
Dalam satu video lain, Eva berkongsi rasa kecewanya terhadap hubungan yang tidak dapat diselamatkan.
Beliau meluahkan bagaimana selama ini dia berusaha untuk mempertahankan hubungan namun akhirnya menyedari bahawa perjuangan itu hanya sebelah pihak.

Tambahnya lagi, jika seseorang benar-benar menyayangi pasangannya, dia akan sanggup berkorban dan menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.
Namun, Eva tidak merasakan perkara tersebut berlaku dalam perkahwinannya.
Minta diberi ruang untuk pulih


Beliau juga menegaskan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk bertemu dengan individu yang telah mengaibkannya dan berharap agar semua pihak menghormati perasaannya.
#ApaKataOhmedia
Kadangkala, melepaskan sesuatu yang sudah tidak berpihak kepada kita adalah langkah terbaik untuk diri sendiri. Untuk Eva, semoga terus kuat dan tabah menghadapi fasa baru dalam hidup.





