Sebahagian pemain pilihan Tuchel tidak disenangi

Sebahagian pemain pilihan Tuchel tidak disenangi

London: Thomas Tuchel mencetuskan perdebatan dalam kalangan penyokong Three Lions selepas beliau mengumumkan skuad England pertamanya untuk kelayakan Piala Dunia 2026 yang akan datang, pada minggu lalu.

Ia selepas bintang veteran seperti Kyle Walker dan Jordan Henderson yang kedua-duanya bermain di luar England setelah memasuki fasa akhir karier mereka, turut tersenarai.

Marcus Rashford dipanggil semula apabila menemui semula prestasinya selepas meninggalkan Manchester United untuk menyertai Aston Villa secara pinjaman.

Pemain seperti Morgan Gibbs-White dari Nottingham Forest dan Callum Hudson-Odoi tidak disenaraikan, walaupun mereka menunjukkan prestasi cemerlang dalam saingan liga utama England ketika berusaha untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Namun, Gibbs-White akhirnya dipanggil sebagai penyertaan lewat selepas pada awalnya diketepikan.

Ramai yang berasa tidak puas hati dengan penyingkiran beberapa bintang termasuk bek sayap Tottenham, Djed Spence dan meluahkan kekecewaan mereka terhadap Tuchel di media sosial.

Tuchel memanggil empat penjaga gol iaitu Jordan Pickford, Dean Henderson, Aaron Ramsdale dan James Trafford walaupun mereka hanya bermain dua perlawanan pada rehat Mac ini.

Ramai setuju kerana statistik menunjukkan keempat-empat penjaga gol itu adalah yang terbaik di England mengatasi penjaga gol Newcastle, Nick Pope.

Namun, terdapat beberapa pemain pertahanan penting yang tidak disenaraikan dalam pemilihan Tuchel untuk kelayakan Piala Dunia bulan ini.

Statistik Sofascore menunjukkan pemain seperti Levi Colwill, Ezri Konsa, dan Reece James mungkin tidak sepatutnya dipanggil, sebaliknya terdapat beberapa nama lain yang lebih layak.

Mereka berpendapat pilihan terbaik bagi posisi pertahanan tengah sepatutnya ialah James Tarkowski, Tosin Adarabioyo, Marc Guehi dan Charlie Cresswell.

Tarkowski dari Everton dan Adarabioyo dari Chelsea menjadi tonggak kejayaan pasukan masing-masing sepanjang musim ini dan dianggap malang kerana tidak disenaraikan.

Bagi posisi tengah, pemilihan Eberechi Eze, Gibbs-White, Jude Bellingham, Cole Palmer, Declan Rice and Morgan Rogers disokong dengan statistik Sofascore.

Namun, James Maddison sepatutnya disenaraikan selepas bintang Tottenham itu diberikan rating 7.31 setakat musim ini manakala Gibbs-White mencapai rating 7.30.

Palmer (7.61) dan Bellingham (7.54) adalah dua pemain tengah dengan rating tertinggi dalam skuad pilihan Tuchel.

Namun, Tuchel dikatakan tersilap memilih Henderson yang kini bergelut bersama Ajax, menyebabkan pemilihan bekas kapten Liverpool itu dikritik.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top