“Perkara ini masih lagi dalam perbincangan, cuma yang saya nak tegaskan tidak ada terma perobohan.
“Ini tidak tepatlah bukan-bukan roboh. Tak ada isu roboh ni tak pernah berbangkit,”
“Kita faham sensitiviti, kita pun mahu situasi menang-menang, kita ingin menjaga kemaslahatan kedua-dua belah pihak,” kata beliau pada sidang media, di sini, hari ini.

Artikel lain: DBKL jamin Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman tidak diroboh, pemindahan dibuat secara adil

Jakel nafi roboh

Beliau berkata, perbincangan dengan pihak kuil telah dijalankan secara berterusan sejak 2009 bagi mencapai penyelesaian terbaik bagi menjaga kepentingan semua pihak.

Jelasnya, Jakel tidak pernah membawa perkara berkenaan ke mahkamah kerana percaya kepada pendekatan harmoni dan situasi menang-menang.