Hanya Berniaga Guna Motor, Netizen Sedih Tengok Pak Cik Campak Petai Depan Penguatkuasa | Oh! Media

Hanya Berniaga Guna Motor, Netizen Sedih Tengok Pak Cik Campak Petai Depan Penguatkuasa | Oh! Media

Satu video tular di TikTok telah meraih perhatian ramai apabila seorang lelaki warga emas dipercayai peniaga kecil dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Dalam video tersebut, kelihatan pakcik itu bersama motosikalnya yang sarat dengan petai, berdepan situasi yang menyedihkan apabila hasil jualannya bertaburan di jalan.

Orang ramai yang melihat situasi itu membantu mengutip petai itu namun pakcik yang berang segera mencampakkannya ke dalam longkang besar.

“Cuma nak cari rezeki” – Menantu sedih tengok pak mentua diperlakukan begitu

Pengguna TikTok yang memuat naik video ini menyatakan bahawa individu dalam video tersebut adalah bapa mertuanya dan meluahkan rasa sedih melihat dia diperlakukan sebegitu hanya kerana mencari rezeki.

Up bukan untuk mengaibkan, tapi sedih lihat pak mertua diperlakukan macam tu… cuma mencari rezeki.”

Rakaman ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ramai yang menyuarakan rasa simpati dan berharap agar peniaga kecil seperti ini diberikan lebih ruang untuk berniaga tanpa tekanan.

Petai bertaburan atas jalan

petai

Tak kurang juga yang memahami tugas yang perlu dijalankan pihak berkuasa demi menjaga peraturan. Namun situasi seperti ini mengundang rasa simpati ramai kerana ia melibatkan individu yang sudah berusia dan hanya mencari pendapatan untuk meneruskan kehidupan.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian ini berlaku. Berdasarkan tanda pagar yang digunakan dalam hantaran, ada kemungkinan ia melibatkan pihak berkuasa tempatan (MPPD).


Scroll to Top