Letupan di Tak Bai: Dua rakyat Malaysia cedera kini stabil

Letupan di Tak Bai: Dua rakyat Malaysia cedera kini stabil

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Dua rakyat Malaysia yang cedera dalam letupan di Tak Bai, Thailand tengah hari tadi dalam keadaan stabil dan selamat.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan mangsa.

“Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan stabil dan selamat. Mangsa akan dipindahkan ke Malaysia selepas mendapat kebenaran dari Hospital Narathiwat,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu media melaporkan, dua rakyat Malaysia cedera selepas terkena letupan bom di bawah pembetung di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan, berhampiran daerah kecil Tak Bai, Narathiwat, hari ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Abdullah Syarapi Abd Rahman, 45, dari Kelantan dan Muhammad Yusri Udin, 38, berasal dari Sabah.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotsakha, dilaporkan berkata, Abdullah mengalami kecederaan akibat serpihan bom di bahagian dahi, kecederaan serius pada kaki kiri dan kecederaan di kepala, manakala Muhammad pula hanya cedera ringan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top