'Pak Cik Petai' akan dapat lesen sementara

'Pak Cik Petai' akan dapat lesen sementara

am@hmetro.com.my

Port Dickson: Isu tular membabitkan ‘Pakcik Petai’ dan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) selesai dengan baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr G Rajasekaran, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Hasnor Abd Hamid bersama pegawainya sudah bertemu dengan penjual petai, Mohd Noor Saad, di rumahnya di Pasir Panjang di sini, malam tadi.

Dalam pertemuan itu, ADUN Sri Tanjung, Dr G Rajasekaran turut menyampaikan sedikit sumbangan mewakili Menteri Besar merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun bagi menggantirugi petai yang tidak dapat jual semalam.

Dalam kenyataan itu, pihak MPPD bersetuju untuk mengeluarkan lesen sementara kepada ‘Pak Cik Petai’ bagi membolehkannya menjalankan perniagaan secara sah.

Pegawai Penguatkuasa MPPD hadir ke rumah peniaga itu dan mereka bersalaman sebagai tanda penyelesaian isu ini dari berpanjangan.

Sementara itu, ADUN Sri Tanjung, G Rajasekaran berkata, diharapkan isu ini sudah selesai selepas kedua-dua pihak saling bermaafan.

“Pertemuan ini dapat meredakan ketegangan dan memberikan penyelesaian yang adil kepada semua pihak dan pihak MPPD juga akan terus memantau situasi bagi memastikan tiada lagi isu seumpama ini berlaku pada masa hadapan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan isu ini secara diplomasi dan mesra,” tulisnya di Facebook.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top